Pembahagian politik Pulau_Taiwan

Pulau Taiwan mengandungi kesemua kecuali satu daerah di Wilayah Taiwan: 15 daerah dan lima bandar raya yang ditadbir oleh wilayah. Penghu (the Pescadores) merupakan daerah tunggal di Wilayah Taiwan yang bukan di pulau Taiwan. Dua bandar raya yang terbesar di Taiwan, iaitu Taipei dan Kaohsiung, walaupun terletaknya di pulau Taiwan, bukannya sebahagian Wilayah Taiwan tetapi merupakan perbandaran yang ditadbir oleh pusat dengan taraf yang setanding dengan wilayah.

Sejak 1998, sebahagian besar tingkat wilayah kerajaan telah dimansuhkan, meninggalkan daerah sebagai pembahagian utama di bawah kerajaan pusat.Kini, selain daripada pulau utama Taiwan, Republik China juga menguasai Penghu (Pescadores), Kinmen (Quemoy), Kepulauan Matsu yang terletaknya di Selat Taiwan berdekatan dengan pantai persisiran tanah besar Fujian (Fuchien), serta sebahagian kepulauan Pantai Persisiran Pasifik (terutamanya Pulau Green dan Pulau Orchid). Tambahan lagi, ROC juga menuntut beberapa pulau di Laut China Selatan, terutamanya:

  • Kepulauan Spratly (Nansha) yang dituntut serentak oleh PRC, ROC dan sebilangan negara Asia Tenggara; dan
  • Kepulauan Senkaku (Diaoyutai) di Pantai Persisiran Pasifik yang kini dikuasai oleh Jepun tetapi dipertikaikan oleh PRC dan ROC.